Biografi Fedi Nuril

Fedi memulakan kerjayanya sebagai model. Selain menjadi model catwalk, Fedi juga sering tampil sebagai penghias halaman depan majalah atau bintang iklan. Merupakan lulusan D3 dalam bidang Perakaunan di Universiti Indonesia, beliau kemudian mendapat tawaran dari Rudi Soedjarwo untuk membintangi filem Mengejar Matahari (2004). Setelah itu, Fedi seringkali beraksi untuk layar lebar, seperti Apa Artinya Cinta? (2005) dan Janji Joni (2005). Hingga pada 2006, Mira Lesmana menawarkannya membintangi filem Garasi (2006) bersama Ayu Ratna dan Aries Budiman. Dalam filem itu, mereka bertiga diceritakan sebagai anggota kumpulan Garasi. Meskipun filem ini sudah tamat tayangannya di pawagam, Garasi tetap berdiri teguh.[1]

Nama Fedi kembali menjadi bualan pada 2007, ketika Hanung Bramantyo mengarahkan filem adaptasi novel karya Habiburrahman El Shirazy, Ayat-Ayat Cinta. Pemilihan beliau sebagai Fahri mengundang kontroversi di kalangan pembaca fanatik novel asal kerana filem terdahulu Fedi menampilkan beliau bercium dengan perempuan bukan muhrim.[2][3]

Beliau berkahwin pada Januari 2016 dengan pasangannya Vanny Widyasasti setelah melalui proses Taaruf sejak April 2014.[4]

Rujukan

WikiPedia: Fedi Nuril http://www.bintang-indonesia.com/contentd.php?pcid... http://www.imdb.com/name/nm1816263/ http://www.indonesiaselebriti.com/index.php?modul=... http://www.kapanlagi.com/h/0000092984.html http://www.kapanlagi.com/h/0000098877.html http://www.kompas.com/gayahidup/news/0601/11/10215... http://www.kompas.com/gayahidup/news/0603/24/13085... http://www.mail-archive.com/mediamusliminfo@google... http://matrix-centro.com/news.php?mode=detail&id=7... http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/2006/042006/02...